Sekolah Kebangsaan Nanga Merurun merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di dalam zon Julau..sekolah ini berkapasiti kecil sahaja dan terletak di Nanga Merurun. bilangan guru dan muridnya juga tidak ramai kerana kawasan tersebut adalah terpencil. Namun begitu, sistem perhubungan sudah berada di dalam keadaan yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya di mana semua penduduk termasuk warga sekolah Nanga Merurun perlu melalui jalan tanah merah yang amat teruk semasa menaiki bukit yang tinggi. Kini para penduduk dan warga sekolah sudah boleh menggunakan jalan tar yang telah disiapkan.
Bagi anda yang ingin mengunjungi sekolah ini, pastikan anda bersiap sedia kerana anda akan melalui jalan ibarat ROLLER COASTER !! haha kenapa pula ?? perkara ini disebabkan oleh anda perlu menaiki bukit sehingga ke puncak tertinggi dan kemudiannya akan terus menyusuri hutan dan jalan yang penuh dengan liku tajam, curam dan terdapat gaung yang sangat dalam di lurah-lurah bukit..namun pengalaman tersebut amat berharga bagi sesiapa yang ingin merasainya secara sendiri. Masyarakat di sini secara keseluruhannya adalah Iban dan mereka masih lagi mengamalkan budaya dan adat mereka yang tersendiri. Masyarakat di sini amat baik dan sentiasa memberikan pelbagai sumbangan dari semua aspek.
ok lah..dari masa ke semasa kami akan terus memaparkan info serta maklumat dan kenangan-kenangan yang dilalui di SK NANGA MERURUN.. ( ^ _ ^ )....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment