Aduh x dpt bayangkan apabila terpaksa berhadapan situasi sebegini rupa..Alhamdulillah sekarang keadaannya lebih baik apabila adanya jalan tar..jika dahulu keadaan tanah merah yang teruk perlu diredahi dan amat berbahaya kerana berada di seluruh kawasan bukit tinggi di situ..bukan itu sahaja, guru juga perlu menggunakan perahu untuk sampai ke kawasan sekolah. walaupun penulis tidak dapat merasakan keadaan yang susah seperti mereka tetapi penulis tetap boleh membayangkan dan merasai situasi sedemikian..muda2han jasa, khidmat dan pengorbanan mereka2 sebelum ini akan dibalas dengan suatu nikmat dan balasan yang lebih baik...Aminn... ( ^ _ ^ )
Monday 16 March 2015
GAMBAR LEGEND STAF SK NANGA MERURUN DI GOOGLE !! ( ^ _ ^ )
GAMBAR LAMA yang boleh dijumpai di CARIAN GOOGLE tapi Inilah mereka yang sekian lama menjadi tulang belakang dan kekuatan untuk SK NANGA MERURUN..Alhamdulillah kebanyakan mereka masih setia dan berkhidmat dengan penuh dedikasi di sana...( ^ _ ^ )
Sunday 15 March 2015
SUKANTARA di stadium PAKAN 2015
Alhamdulillah..semua persiapan dari awal sehingga ke akhir program telah berjalan dengan lancar..semoga kejayaan seperti ini akan sentiasa berlaku untuk masa-masa akan datang Insya Allah.. TAHNIAH SEMUA WARGA SK NANGA MERURUN (^ _ ^)
Info ringkas mengenai SK NANGA MERURUN, JULAU, SARAWAK
Sekolah Kebangsaan Nanga Merurun merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di dalam zon Julau..sekolah ini berkapasiti kecil sahaja dan terletak di Nanga Merurun. bilangan guru dan muridnya juga tidak ramai kerana kawasan tersebut adalah terpencil. Namun begitu, sistem perhubungan sudah berada di dalam keadaan yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya di mana semua penduduk termasuk warga sekolah Nanga Merurun perlu melalui jalan tanah merah yang amat teruk semasa menaiki bukit yang tinggi. Kini para penduduk dan warga sekolah sudah boleh menggunakan jalan tar yang telah disiapkan.
Bagi anda yang ingin mengunjungi sekolah ini, pastikan anda bersiap sedia kerana anda akan melalui jalan ibarat ROLLER COASTER !! haha kenapa pula ?? perkara ini disebabkan oleh anda perlu menaiki bukit sehingga ke puncak tertinggi dan kemudiannya akan terus menyusuri hutan dan jalan yang penuh dengan liku tajam, curam dan terdapat gaung yang sangat dalam di lurah-lurah bukit..namun pengalaman tersebut amat berharga bagi sesiapa yang ingin merasainya secara sendiri. Masyarakat di sini secara keseluruhannya adalah Iban dan mereka masih lagi mengamalkan budaya dan adat mereka yang tersendiri. Masyarakat di sini amat baik dan sentiasa memberikan pelbagai sumbangan dari semua aspek.
ok lah..dari masa ke semasa kami akan terus memaparkan info serta maklumat dan kenangan-kenangan yang dilalui di SK NANGA MERURUN.. ( ^ _ ^ )....

Subscribe to:
Posts (Atom)